When you think there is no one to turn to. REMEMBER that Allah is always there FOR YOU.

Sabtu, 6 Julai 2013

Bergurau, bercanda biarlah kena pada tempatnya.. Jangan melampau...

assalamu'alaikum....

sedari hari ini pelbagai gurauan yang selalu ana dan sahabat2 sekalian lakukan.Dah banyak sangat gurauan yang ana dan sahabat2 sekalian buat.

tapi...

cuba ana dan sahabat2 sekalian renung2 dan fikir2 sejenak.

"dalam konteks gurauan kita kena sesuaikan dengan waqi' atau sesuaikan dengan tempat kita berada"

bergurau bukan main hentam jer.dalam kelas ada gurauan yang boleh kita lakukan.Luar kelas..dalam rumah..dengan kawan..dengan cikgu..dengan adik beradik..dengan adik2..dengan orang yang lebih tua..dengan orang yang muda..dan macam2 lagi..

"INI KERANA TIDAK SEMUA MEMAHAMI GURAUAN KITA"

mungkin kita anggap kita bergurau semua orang gelak,,semua orang senyum,,semua orang suka dengan gurauan kita..

hati-hati dalam bergurau..

mungkin kekadang dalam ana dan sahabat2 bergurau,ada orang yang terasa dengan gurauan kita dan berkecil hati.Tapi hanya pendam dalam hati sahaja.Sesungguhnya kita telah melukakan hati saudara kita..

mungkin kekadang dalam ana dan sahabat2 sekalian bergurau ada yang marah dengan gurauan kita yang melampau.Padahal kita hanya bergurau,,tetapi sahabat yang mendengar rasa marah dan tidak puas hati dengan gurauan yang kita lakukan.Jadi kena hati2 dalam bergurau..

mungkin kekadang dalam ana dan sahabat2 sekalian bergurau,ada orang yang menganggap gurauan kita sesuatu yang serius dan terima jer bulat2 benda tu.Padahal kita hanya bergurau.Jadi sebelum bergurau,fikir2 dulu..

Memang di akui bahawa bakat bergurau ini tidak semua orang ada.Tapi sekiranya ana dan sahabat2 mempunyai bakat dalam bergurau.Maka,gunakan lah dengan bijak dan creative.Hati2 jangan sampai gurauan kita menghiris hati orang lain.Walaupun kita hanya bergurau.Dan ingatlah bukan semua orang boleh menerima gurauan...

bergurau ada caranya..
bergurau ada tempatnya..
bergurau ada hadnya..
dan bukan semua benda boleh di buat bahan gurauan...

Kadang - kadang kita sangat BERHATI - HATI dengan apa yang MASUK ke dalam MULUT KITA samada HALAL atau HARAM
Tapi adakah kita BERHATI - HATI dengan apa yang KELUAR dari MULUT KITA samada PAHALA atau DOSA ?


P/s: 
Jaga kata-katamu. Kemungkinan ada yang terasa atau terguris hati namun tidak pula dinyatakan kepadamu semata-mata untuk menjaga hatimu.
.:Reenungan Bersama:.

Ahad, 30 Jun 2013

Pilih jodoh dengan dua cara


" PILIHLAH JODOH DENGAN DUA CARA "

PERTAMA : jadilah orang yang baik..
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik..

KEDUA : ikutlah pilihan orang yang baik..
Kerana orang yg baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita..

Sabtu, 29 Jun 2013

Pahit Manis Kehidupan

Di hadapanku… 
terbentang sebuah jalan panjang… 
Yang tak selalu lurus… tapi sesekali ada belokan tajam…
Jalan yang yang tak hanya dikelilingi bunga, tapi juga bertabur duri dan kerikil… 
Sesekali… 
kakiku tersandung… lalu aku terjatuh…
Tapi.. 
aku tak mahu… luka di kakiku menjadi alasan untuk aku tidak bangkit lagi berdiri…

Langit…. Bahkan tak selalu biru….
Terkadang mendung menjadikannya abu-abu…
Tapi… biarlah mendung menggantung…
Karena aku tahu… angin akan membuatnya berarak pergi menjauh dari langit biruku…

Ahh… ternyata… Takdir Allah… tak selalu begitu….
Angin tak membawanya pergi….
Tapi… perlahan-lahan…. Kurasakan titisan air… yang kemudian menderas….

Sakit….

Kurasakan tiap titisannya mengenai wajahku….
Mungkin Allah ingin menghapus laraku…
dengan hujan itu…
Walau terkadang aku tak selalu bijak…
untuk bisa mengerti… Kalau ada kasih Allah…
dalam tiap rintikan hujan…

Kembali aku mengaduh… mengeluh…. tiada henti…
Betapa kecil dan kerdilnya diri ini…. Bila tak kepada-Mu aku berserah diri….
Lantas pada siapa lagi lisan ini berucap dan tangan ini menadah….
Sungguh… aku tak pantas…. 
Sungguh… sudah sekian kali banyaknya ku dustakan nikmat-Mu…. Ya Allah…

Aku percaya…. Pada janji-Mu…

Bahawa setelah tangisku… pasti akan Kau ukir senyum di wajahku…
Aku pun tahu…. Mendung menggantung dan hujan menderas…
tak akan selalu ada di langit biruku…
Karena setelahnya…. akan Kau lukis pelangi… di kaki langit….
Dan dengan pelagi itulah… 
Kau tunjukkan ada sebuah keindahan menantiku setelah mendung dan hujan itu…

Kau lah sebaik-baik penawar dukaku… Penyembuh sedihku….

Terimakasih Ya Allah…

Betapa indahnya cara-Mu mendewasakanku…
”maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi kah yang kau dustakan” (QS.Ar Rahman:13)

”karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (QS.An Nasyr:5)

Khamis, 27 Jun 2013

Dilema Hati



(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!" (1:6)

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am : 153)



Hati manusia ni Allah pegang. Bila Allah nak dia jadi baik, memang dia akan jadi baik. Hidayah Alalh datang tiap saat, dan tiap saat juga, kita lihat ada orang mengabaikan dan ada pula yang ambil petunjuk tu. Bila manusia buat keputusan untuk menerima, maka Allah akan baiki hati dia. Allah akan pusing hati dia 360 darjah. 

Allah dah buktikan. Dan tak mustahil, Allah akan buktikan bahawa kita boleh jadi manusia paling rugi- kalau kita jadi orang yang mengabaikan hidayah itu.

 "Kalau nak buang tatu pada kulit pun dah pedih, nak buang tatu dosa pada hati mesti akan jadi lebih pedih" - Hlovate-

Rasanya memang berbaloi untuk berubah, kerana semua kita tak tahu bila kita akan mati. Tak rugi pun jadi baik sekarang, sebab the man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.



“Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”

Rabu, 26 Jun 2013

Ukhwah itu indah andai kerana Allah...

Renungi sejenak firman-Nya yang mulia yang mafhumnya:

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Terjemahan surah Al-Anfaat: Ayat 63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah (persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.

sahabat yang disayangi,

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran.

Marilah kita rengungi kisah pada zaman sahabat. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sabahat terdekat yang kehausan, lalu diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar pula rintihan sabahat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhir pula sayu melihat keadaan kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.

Demikian manisnya persaudaraan yang tidak didasarkan kepada kepentingan diri. Tidak terdiri atas sikap haloba harta dunia dan tidak tertegak dengan kata-kata manis semata-mata. Akan tetapi, itulah persaudaraan yang hakiki.

Lantaran itu,

Kembalilah merengungi hakikat kita hari ini. Persaudaraan yang kita laungkan untuk Allah, yang berdasarkan keimanan yang hanya kepada Allah hakikatnya terlalu jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun, tidak mampu kita realisasikan.

Sedarilah duhai sahabat,

Persaudaraan yang sejati adalah bertitik tolak daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar, semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu dijadikan sebagai iktibar dan tidak harus diulangi. Pohonlah bantuan daripada Allah, moga-moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredai oleh-Nya.


UKHUWAH FILLAH 

.: aku x memerlukan sahabat yang sentiasa mengiakan tiap kataku.. tapi aku memerlukan sahabat yang boleh betulkan aku dikala aku melakukan kesalahan :.

Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan till Jannah :)

Andai perjuangan itu mudah......

Andai perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
Andai perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik padanya

tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya.............
sakit pedihnya...................

jerih perihnya..............
umpama kemanisan yg tidak trhingga....
Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya.

Khamis, 23 Mei 2013

Sesungguhnya ALLAH sebaik - baik Perancang :)




Assalamualaikum.. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..

Berakhir sudah semester kedua.. yeahhhooo!!!  Ini bermakna genap setahun dah aku bermusafir di bumi Terengganu...
Negeri yang sebenarnya xde dalam list and x terpikir langsung untuk pergi  sambung study kat situ...
Negeri yang x masuk dalam senarai untuk aku jejaki...




TAPI............
Manusia merancang........ ALLAH merancang...... dan Allah adalah sebaik - baik perancang, sebagaimana firmanNya dalam surah Al - Anfal :30


~Aku ditakdirkan untuk menimba ilmu serta menerima tarbiyyah di negeri yang x pernah sekali terlintas dalam fikiran ne......


~ Aku ditakdirkan bertemu sahabat fillah di negeri ini....


Ya ALLAH... Sesungguhnya benarlah... setiap perancanganMu mempunyai seribu satu hikmah yang tersembunyi :)

Oleh itu, tetaplah selalu bersyukur atas apa yang telah dikurniakanNya kepada mu.......












Ahad, 19 Mei 2013

.. :::Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH:::..




Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bahagian dari kasih Ilahi Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari... Bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan Tapi akan terasa INDAH ketika kita mampu membahagiakan orang lain Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH mema'afkan ketika kita dibenci dan di hina Tapi akan terasa INDAH kalau itu bahagian dari penyucian diri... Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari... Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa sa'at

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur Dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambanya... Seperti Allah menyayangi para Nabi dan RasulNya.


:: Renung - renungkan ::

Finally!!!

Assalamualaikum.. lme suda rsenye x update blog ne.. maklumlah sibuk ngn study,, smlm sibuk mencari blogskin and template yg sesuai utk blog ne,, and finally ini lah hasilnya.... colourful like a rainbow >__<

Ahad, 12 Mei 2013

Story of al-Haqq and al-Batil




One day al-Batil walked along with al-Haqq. Al-Batil started the conversation by saying "I am high headed than you".
Al-Haqq replied : I am more firm-footed than you.
Al-Batil reacted : I am stronger than you.
Al-Haqq responded : I am more everlasting than you.
Al-Batil retaliated : With me all the powerful and wealthy people.
Al-Haqq reminded him a Quranic Ayat from Surah Al-An'am: 123

"And thus we have set up in every town great ones of its wicked people to plot there in. But they plot not except against their own selves and they perceive (it) not"

Al-Batil furiously reacted : I can kill you now!
Al-Haqq responded : But don't forget my children will kill you later.
"And thus we have set up in every town great ones of its wicked people to plot there in. But they plot not except against their own selves and they perceive (it) not"
Al-Batil furiously reacted : I can kill you now!
Al-Haqq responded : But don't forget my children will kill you later.
"Kebenaran itu dari Tuhanmu. Sebab itu janganlah kamu ragu-ragu." (QS. Ali Imran III: 60)
(“Dan tiadalah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana.”- al-Anfal : 10)
p/s: Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran, tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga. - Hamka


Jumaat, 26 April 2013

Boleh ke COUPLE??





Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. 

Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. 
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. 
Ada pula yang kata saya kuat emo.. 
Sikit-sikit nak marah.. 
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.. 

Lepas tu saya cuba buat lawak 
Kononnya nak tarik perhatian orang lain 
Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya 
Terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. 
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. 
Tapi saya tak kisah.. 
Asalkan ada yang terhibur.. 

Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. 
Memang lumrah manusia.. 
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita 
Macam itulah yang saya rasa.. 
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. 
Di dorm, sms awek sampai pagi.. 
Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.. 

Saya mula berfikir.. 
"Adakah aku perlu BERCINTA?" 
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. 
Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.. 
Dan masa itulah saya kenal awak.. 
Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.. 

Mula-mula awak jual mahal.. 
Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. 
Akhirnya, dipendekkan cerita.. 
Saya pun mulalah BERCINTA.. 

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat 
Apa orang kata..'ALL OUT'lah.. 
haha.. 
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. 
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. 
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu.. 
Tidak terasa pun kehilangannya.. 

Mase bercinta memang indah.. 
Semuanya indah.. 
Sikit-sikit gurau-gurau 
Sikit-sikit gelak-gelak 
Kalau merajuk saling pujuk-memujuk.. 
Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama.. 

Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. 
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. 
Saya pernah terikir.. 
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, 
Kata saya macam-macam.. 
Asalkan awak memahami saya.. 

Satu hari saya dengar ceramah.. 
Alhamdulillah.. 
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa 
dan saya kena berubah.. 
Hidup saya mesti selari dengan Islam.. 
Saya kena jadi baik.. 
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan.. 
Semua orang nak masuk syurga kan? 

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. 
Rapatkan diri dengan Al-Quran.. 
Selalu solat jemaah awal waktu.. 
Selalu dengar tazkirah.. 

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran 
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, 
Saya tak nak jadi baik seorang diri.. 
Jadi saya ajak awak sekali.. 
Saya ajak awak baca Al-Quran.. 
Saya kejut awak bangun subuh..(calling) 
Saya ajak awak saling beri tazkirah.. 

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. 
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. 
Saya kata, kita bukan buat benda yang salah.. 
Bercinta kerana Allah.. 
Kita couple tak macam orang lain.. 
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.. 
Ada yang siap wat mksiat lagi.. 
Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi.. 
Tapi kita couple baik-baik.. 
Jaga batas-batas syara'.. 
Tak guna ayat jiwang-jiwang 
Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat.. 
Cuma sms dan call je.. 

Dan awak terima perubahan saya itu.. 
Saya pun banyak nasihat awak.. 
Awak pun terima.. 
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu 
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. 
Dan akhirnya saya rasa.. 
Hubungan kita semakin diredhai.. 
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.. 

Dalam proses perubahan saya, 
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. 
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. 
Kalau kita tidak berdakwah.. 
Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. 
Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, 

Surah ke 7,ayat ke 164: 

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di 
antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan 
membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". 

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik 
Tegur mereka apa sahaja yang silap.. 
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa.. 
Saya mesti nak tegur. 
Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman.. 
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~ 

Lepas tu, satu masa.. 
Saya terbaca pasal couple.. 

"COUPLE HARAM" 

Saya tak percaya.. 
Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. 
Macam betul pulak.. 
huhu~~ 
Tapi biasala.. 
Kalau kita suka satu benda tu.. 
Kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita.. 

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. 
Dan teruskan saja hubungan kita.. 
Kita tak buat maksiat.. 
Kita jalan-jalan tak pegang tangan.. 
Tak jiwang-jiwang.. 
Cuma saling ambil berat.. 
Tanya khabar.. 
Borak-borak.. 
Siap bagi tzkirah lagi.. 
Apa yang haramnya dengan benda ni? 
Tak kisahlah.. 

Masa terus berlalu... 

Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. 
Lagi tiga minggu sebelum trial.. 
Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. 
Buat study group 
Pada masa yang sama, bagi tazkirah.. 

Ada yang terima.. 
Ada juga yang buat tak tahu 
Kadang-kadang bila tegur.. 
Saya kena marah pula.. 
Macam-macamlah alasannya 
Ada kata saya tegur tak berhikmah.. 
Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. 
Tapi tak kisah.. 
Saya ada tempat mengadu.. 
huhu~~ 

Suatu masa.. 
Ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. 
Saya terjumpa ayat ini.. 


Mengapa kamu suruh orang lain 
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu 
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, 
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? 
Maka tidakkah kamu berfikir? 
(Al-Baqarah, ayat 44) 

Saya pun terfikir.. 

"Selama ini aku asyik tegur orang je. 
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, 
Cepat marah, suka buang masa, 
Ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. 
Macam mana ya?" 

Lepas tu terjumpa pula ayat ini.. 


Dan janganlah kamu campur adukkan yang 
hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. 
(Al-Baqarah ayat 42) 

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan.. 

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau 
dengan kami..tegur orang konon.." 

Berfikir sejenak.. 
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? 
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? 
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah 
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? 
Dan terkadang saya rasa serba salah? 

Macam-macam yang saya fikir.. 

Dipendekkan cerita lagi sekali.. 
Saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah.. 
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.. 

Dalam perjalanan ke seminar tu.. 
Saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. 
Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. 
Dalam fikiran saya.. 
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.." 


****** 

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, 
Pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri 
Lagipun kami semua penat.. 
Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. 
Pihak penganjur pun faham.. 

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. 
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. 
Tapi saya teragak-agak.. 
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?" 

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu.. 
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri. 

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit 
boleh?" 

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?" 

"Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang 
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.." 

"Bercinta ke?" 

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata..mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.. 

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?" 

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32: 
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." 

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia." 

Saya tak mahu mengalah. 

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni." 
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini: 

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. 
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38) 

"Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?" 

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?" 

"Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call die pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.." 

"Zina hati?" Saya menduga. 

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati." 

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.. 

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta." 

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat." 

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab.. 

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi." 


Saya terdiam lagi. 

"Pasal dia pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri." 

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram. 

"Jadi apa saya nak buat bang?" 

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu." 

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?" 

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner." 

Tiba-tiba saya terfikir.. 

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?" 

Saya cakap.. 

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?" 

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.. 

"Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan." 

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga. 

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tinggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup." 

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan." 

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri." 

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.. 

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.." 

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.. 

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.." 

Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send]. 

Lepas tu tertera di skrin.. 

[SENDING..] 

[MESSAGE SENT] 

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.. 

"Terima kasih bang.." 

"Takpe, dah tanggungjawab.." 

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..memang tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216.. 

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 

******* 

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gak yang setuju..tapi tak kisahlah semua tu.. 

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.. 

"Seindah gubahan pertama.." 

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.. 

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya.. 

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, 

Jangan cari cinta manusia, 
ia penuh dengan penipuan, 
kekecewaan, 
dan tak kekal.. 

Tapi carilah cinta Allah.. 
Tiada penipuan, 
Tidakkan pernah mengecewakan 
Itulah cinta abadi.. 
Cinta yang diredhai.. 

-Yang Terakhir- " 

[SEND] 

[SENDING..] 

[MESSAGE SENT] 

Saya dah buat keputusan. 
Saya pasti apa yang saya buat ni betul. 
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. 
Saya takkan berpatah balik.. 

p/s : Sekadar peringatan & perkongsian untuk semua... harap bermanfaat.... renung2 kan ^^

وذكر فإن ذكرى تنفع المؤمنين
dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mu'min.....[az-zariyat 51:55]