When you think there is no one to turn to. REMEMBER that Allah is always there FOR YOU.

Rabu, 26 Jun 2013

Ukhwah itu indah andai kerana Allah...

Renungi sejenak firman-Nya yang mulia yang mafhumnya:

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Terjemahan surah Al-Anfaat: Ayat 63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah (persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.

sahabat yang disayangi,

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran.

Marilah kita rengungi kisah pada zaman sahabat. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sabahat terdekat yang kehausan, lalu diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar pula rintihan sabahat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhir pula sayu melihat keadaan kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.

Demikian manisnya persaudaraan yang tidak didasarkan kepada kepentingan diri. Tidak terdiri atas sikap haloba harta dunia dan tidak tertegak dengan kata-kata manis semata-mata. Akan tetapi, itulah persaudaraan yang hakiki.

Lantaran itu,

Kembalilah merengungi hakikat kita hari ini. Persaudaraan yang kita laungkan untuk Allah, yang berdasarkan keimanan yang hanya kepada Allah hakikatnya terlalu jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun, tidak mampu kita realisasikan.

Sedarilah duhai sahabat,

Persaudaraan yang sejati adalah bertitik tolak daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar, semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu dijadikan sebagai iktibar dan tidak harus diulangi. Pohonlah bantuan daripada Allah, moga-moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredai oleh-Nya.


UKHUWAH FILLAH 

.: aku x memerlukan sahabat yang sentiasa mengiakan tiap kataku.. tapi aku memerlukan sahabat yang boleh betulkan aku dikala aku melakukan kesalahan :.

Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan till Jannah :)

Andai perjuangan itu mudah......

Andai perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
Andai perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik padanya

tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya.............
sakit pedihnya...................

jerih perihnya..............
umpama kemanisan yg tidak trhingga....
Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya.