"Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.."
Jika dia itu jodoh mu, yang telah tertulis di Luth Mahz Fuhz, pasti ALLAH akan tanamkan rasa cinta di hati dia dan kamu...
Mana lagi hendak ku lari, walau sejauh mana aku berlabuh.. Ingatanku terhadapmu pasti akan mengekoriku.. Antara kita, biarlah menjadi rahsia.
Kita masih berharap satu kisah lalu datang kembali menjadi satu realiti.. Dan kita yakin dan pasti takkan akan melepaskan semuanya pergi lagi.. Andai di beri peluang pasti kita akan melakukan yang terbaik untuk menjaga hubungan lalu.. Namun itu semua hanyalah mimpi yang asyik.. Sedangkan suratannya sudah nyata ..
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya.. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya......
Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.......
Kadang kita rasakan dekat dengan seseorang sedangkan hatinya berubah dengan perlahan lahan hinggakan kasih dan sayang yang tercipta dahulu semakin pudar akan warnanya.......
SELEMAH-LEMAH manusia adalah mereka yang tidak tahu dan tidak pernah mahu mengaku tentang kesilapan dan kesalahan sendiri. Dari itu mereka keberatan dan sentiasa tidak mahu untuk memohon kemaafan di atas setiap kesalahan mereka kerana yang sebenarnya mereka tidak pernah merasa bersalah. ~ Rahim Vera
kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu ....
Semuanya pilihan. Kamu boleh putus cinta tanpa patah hati. Kamu boleh hidup tanpa memikirkan dia yang menyakiti kamu. Kamu boleh membuat dirimu hidup bahagia. Kamu boleh jika kamu mahu........
"Janganlah bercinta andainya kita tidak tahu makna setia terlebih dahulu,
fikirkanlah perasaan orang yang ditinggalkan selepas kita bagi dia sepenuh harapan."
Saat diri tidak merasa bahagia seperti yg kita dambakan, mungkin kita perlu bahagiakan org lain terlebih dahulu. Kita mungkin tidak mendapatkan kebahagian daripada seseorg/sesuatu yang kita harap dan inginkan tetapi kebahagian itu mungkin dapat kita perolehi saat kita membahagiakan orang lain..
Jangan ditangisi yang telah lalu...
Kerana kita masih mempunyai masa hadapan...
Jangan diratapi yang telah meninggalkan...
Kerana kita masih mempunyai yang setia disisi...
Jangan bersedih dengan pemergian yang lepas...
Kerana disisi kita masih ada yang tersenyum...
SEN^_^YUM wahai diri, walau suka mahupun duka. Kerana yang suka itu ANUGERAH & yang duka itu TARBIYYAH dari ILLAHI buat hamba yang dikasihi.
p/s: sentiasa senyum walau hati terluka...