When you think there is no one to turn to. REMEMBER that Allah is always there FOR YOU.

Khamis, 5 Jun 2014

Jodoh kamu cerminanmu.

Dalam soal pemilihan pasangan hidup, bukanlah kecantikan rupa paras, kemewahan, harta, keturunan, berpangkat itu menjadi faktor utama pemilihan. Tetapi faktor agama atau deen itu diletakkan sebagai ASAS pemilihan.

Pasangan hidup yang ingin kita pilih itu haruslah SOLEH/ SOLEHAH, sukakan kebaikan, jiwanya penuh dengan cita-cita serta hasrat untuk membaiki diri dan yang terpenting ia berada dalam jalan untuk memproses diri menjadi hamba Allah SWT yang berTAQWA, dan punyai semangat dan kekuatan untuk Istiqamah dalam Perjuangan ISLAM.

SUKAR?

TIPSnya mudah:

“ Kita, jangan CARI tetapi kita MINTA dengan ALLAH SWT, kemudian kita ikhtiar dan berusaha semoga bertemu jodoh yang SOLEH/SOLEHAH”

“ Kalau kita hajatkan yang SOLEHAH, kita SOLEHkan diri kita dulu. Ini fitrah yang telah ALLAH SWT tetapkan, begitulah sebaliknya jika kita inginkan yang SOLEH, kita cuba SOLEHAHkan diri kita dahulu ” 

Semoga semua impian teman2 dikabulkan oleh Allah SWT. InsyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan